harta faraid siapa berhak keatas nya
hukum seseorang wanita atau lelaki yang kematian suami atau isteri menuntut harta sepencarian , dan menurut fiqah seseorang wanita yang kematian suami di berikan sebanyak 2per 3 dari harta si mati dan 1 per 3 lagi untuk anak anak simati atau tiri simati .,,. dari jumlah ini jelas bahawa harta si mati baik rumah atau pa jua wang dalam bank di campur keseluruhan dan di bahagikan kepada tiga bahagian dua bahagian buat suami nya atau isteri nya dan satu bahagian buat anak anak nya atau tiri nya,. sebagai mana jelas dalam pembahagian harta menurut faraid yang mana berlaku di zaman rasulullah dan hukum undang undang sesebuah negara islam.,,. sabda Rasulullah SAW ;
" Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain.
Sesungguhnya ia separuh daripada ilmu dan ia akan dilupai oleh manusia. Ia merupakan ilmu yang paling awal yang dicabut dari umatku..."Firman allah S.W.T. di dalam Al-Quran :
“ dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang telah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamu tukar gantikan yang baik dengan yang buruk, dan janganlah kamu makan harta mereka (dengan menghimpungkannya) dengan harta kamu; kerana sesungguhnya (yang demikian) itu adalah DOSA YANG BESAR.”
– Surah An-Nisa (ayat 2)Allah S.W.T telah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 11:
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(an-Nisa : 11)Bapa : 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah, 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan.
Ibu : 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan), 1/3 dari keseluruhan harta jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah, 1/3 dari baki harta jika simati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.
Anak perempuan : ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata, Asabah Bilghairi jika simati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.
Anak lelaki : 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi sama rata daripada baki(Asabah) sekiranya lebih daripada seorang, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.
Hukum syarak menetapkan apabila seseorang meninggal dunia, hartanya akan dibahagikan mengikut cara pembahagian tertentu. Lazimnya, cara pembahagian diketahui ramai adalah secara pembahagian faraid.
Walau bagaimanapun, sebenarnya terdapat beberapa peringkat dalam menguruskan harta pusaka sebelum boleh dibahagikan mengikut sistem faraid kepada para waris yang berhak.sebagai mana suami yang mati isteri warisnya dan isteri yang mati suami pewaris harta nya.,,.
Peringkat pertama, harta pusaka hendaklah digunakan untuk melangsaikan segala hutang-piutang yang masih belum dibayar oleh arwah suami berkenaan. Contohnya, jika arwah suami ada meninggalkan rumah atau kereta yang masih terhutang dengan bank. Hutang-hutang ini perlu dijelaskan terlebih dahulu dengan menggunakan harta peninggalan arwah suami.
Jika arwah suami ada berhutang dengan isterinya, sebagai contoh, mas kahwin yang belum habis dibayar, nafkah tertunggak dan sebagainya, ini juga perlu dilangsaikan terlebih dahulu.
Peringkat kedua pula, harta pusaka tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan pengurusan jenazah dan pengebumian arwah suami.
Seperti artikel yang saudara baca, salah satu peringkat pembahagian harta arwah suami adalah pembahagian harta sepencarian. Ini adalah peringkat ketiga dalam menguruskan hartanya.
Bahagian yang akan diterima oleh isteri menurut kaedah pembahagian harta sepencarian bergantung kepada bentuk sumbangannya dalam memperoleh harta tersebut. Sumbangan yang dimaksudkan adalah sama ada sumbangan secara langsung iaitu sumbangan kewangan atau sumbangan secara tidak langsung iaitu sumbangan dari segi tenaga usaha.Pada peringkat keempat, harta peninggalan arwah suaminya akan dibahagikan mengikut wasiatnya jika ada. Tetapi jumlah harta yang boleh diwasiatkan adalah tidak melebihi 1/3 daripada harta peninggalannya sahaja.
Akhir sekali, harta pusaka yang masih berbaki akan dibagikan mengikut sistem faraid, di mana waris-waris arwah berhak mendapat bahagian tertentu.
Secara kesimpulannya, isteri kepada suami yang telah meninggal dunia mempunyai hak ke atas harta peninggalannya menurut beberapa peringkat. Peringkat pertama, jika suaminya ada berhutang dengannya. Peringkat ketiga, pembahagian harta sepencarian. Akhir sekali adalah haknya di bawah kaedah pembahagian faraid yakni seperempat jika tiada anak atau seperlapan jika mempunyai anak.
Comments
Post a Comment